Untuk sesi ke-10, Ms K banyak tekankan bahagian story sequence. Dia suruh banyak buat latihan untuk ni. Tanya Adam what happens next. Sekarang ni tengah giat cari website free yang ada gambar story sequence.
Contohnya macam ni:
Sambung buat di rumah |
Tanya dia berulang kali. Dia pun mula bosan...(biasalah anak i ni). Pastu bagi rehat kejap dengan bermain.
Oklah sekarang dia dah buleh duduk diam dan dengar. Dulu...jangan harap buleh duduk 5 saat pun.
Then, Ms K bagi aktiviti cut & paste macam biasa, dia gunting dulu, Adam lekatkan. Kali ni gambar Parts of the day; Morning & Afternoon. Apa aktiviti orang buat waktu pagi dan tengah hari...
Tak habis warnakan lagi.... |
Akhirnya, gambar teka percakapan orang..Suruh Adam bagi pandangannya. Dia kok kak kok kak, so kena bagi klu kat dia. Sebab dia tak pandai susun ayat. Ayat pun berterabur depan belakang, belakang ke depan...
Dia kaler sendiri...tengoklah cutenya. |
Seperti yang difikirkan sebelum ni, i pun tanya agaknya si Adam ni improve banyak tak? Ms K kata, banyak...dulu tak betah duduk dan tak bercakap langsung. Tapi sekarang dia banyak pot pet pot pet...(betul, banyak sangat pot pet kengkadang i suh dia diam....kesian dia)
Pada pandanya i pun dia dah banyak tau action words. Mungkin i dah banyak pot pet instead of jerit...(walaupun still jerit sebab dia ni nakal sangat). Kalau tak tinggi suara buat tak endah jer. Jerit baru ikut cakap.
Pastu tanya lagi, agaknya bila eh buleh discharged? Ms K kata, until orang lain buleh faham apa dia cakap...
Hmm...lama lagi tu. Setakat ni, ayahnya pun tak faham apa dia cakap. I jer faham...Ayah dia bising, duk bagi duit banyak dah tapi still tak leh cakap. Yelah, tak kan nak bercakap secara magis? Bagi penampaq padan muka. Bila Adam tanya apa si ayah tak faham dia rujuk i, i katalah, camner nak benti terapi, dia cakap pun you still tak faham lagi?....
Sabar,,,sabaq jelah. Ada hikmah di sebalik kejadian. I jales tengok anak sedara (belah hubby) cakap macam mak nenek...rasa nak tampaq muka tu. Yang Adelina pun, i dah mula risau. Patut dah buleh cakap macam mana sekarang ni...? Tengok anak sis i dah banyak dah dia pot pet...tensen gak. Dia muda lagi dari Adelina ni. Dulu sebab ingat pertuturan adalah perkara semulajadi... natural, that's why we just let it go...hope things will be okay...not it's not okay. Semua orang kata..."biasalah tu lambat, budak laki-laki'
One more thing: Ms K kata, kalau cakap Melayu, cakap ayat Melayu, kalau cakap Inggeris, cakap ayat Inggeris...tak perlu mixed up. Contohnya: Adik main Ball...cakap: Adik main bola or, Adik is playing with ball.
Maybe asyik mixed up dia pun jadi rojak. Bukan apa, i pernah baca pasal dual language, sepatutnya kanak-kanak takde masalah pick up dual language. ***Maybe not my son.***
Takpe, semoga Allah terangkan hati dan lembutkan lidah Adam untuk menerima pembelajarannya. Amin.
No comments:
Post a Comment